Rabu, 17 Jun 2009



Selamat Datang!.....

REDCastle Association mengucapkan terima kasih di atas kesudiaan menyertai salah satu badan komunikasi "PERSATUAN" untuk bersama menzahirkan muafakat dalam membina sebuah perjuangan anak bangsa yang sejati.
"Hanya setelah kita menuruni lembah yang paling terdalam barulah kita dapat menilai bertapa indahnya puncak Gunung yang tertinggi"Perpatah tersebut merupakan hiasan perjuangan yang perlu dihadapi oleh setiap yang bergelar Pejuang.Berbekalkan kata-kata semangat yang disematkan telah berjaya melahirkan insan yang terbilang dalam arus perdana Negara.
Justeru itu,Mengambil kesempatan mewujudkan Blogger ini adalah apabila mengambil kira keperluan ahli-ahli dapat berhimpun didalam rumpun untuk melahirkan idea-idea yang bernas demi kejayaan Persatuan dimasa sebelum,kini dan seterusnya.Dengan berbekalkan sedikit usaha daripada badan pengurusan,diharap pengikut-pengikut Blogger ini akan terbina sebuah bahtera Merdeka yang melayari perjuangan anak bangsa dengan bangganya.Ingatlah!,Untuk mendapatkan "Pelangi"kita memerlukan "Hujan".Tiada jalan lain lagi.Waktu sukar sepatutnya membuat kita lebih "Bagus",Bukannya marah dan kecewa.Kita mungkin menjadi lebih bagus jikalu belajar daripadanya seperti yang dimaksudkan seperti berikut:-
"Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan,Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat.Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan"-Cfu